9 Disember 2014 - 20:49
Turki ingin serang Syria dari darat

Turki menegaskan serangan darat ke atas Syria amat penting bagi menggulingkan Bashar Assad

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Turki dalam sidang media bersama Presiden Repubkil Lithuania, Dalia Grybauskaitė menyentuh tentang kegagalan serangan udara terhadap ISIS dan betapa pentingnya menyerang negara Syria melalui jalan darat.

Sambil menceritakan perselisihan pendapat antara Turki dan Amerika dalam melarang penerbangan di ruang udara Syria, beliau berkata, "Hingga kini belum ada tindakan dan perjanjian daripada negara-negara pakatan untuk mewujudkan zon larangan penerbangan. Perkara tersebut masih kami bincangkan."

Sambil menerangkan betapa pentingnya serangan darat ke atas Syria, Erdogan menambah, "Kita percaya bahawa serangan udara belum memadai dan tidak akan memberikan sebarang hasil. Serangan darat perlu dilakukan demi mengukuhkan serangan udara."

Ketika menjawab pertanyaan negara mana yang akan melancarkan serangan udara, beliau berkata, "Demi mempertahankan FSA, sekiranya perlu kumpulan ini akan disokong dari darat. Namun mereka juga perlu yakin dengan kewujudan bantuan yang berterusan ini."

Mengenai pelarian Syria yang berlindung di Turki, Erdogan berkata, "Sekarang terdapat sejuta enam ratus ribu pelarian Syria yang berhijrah ke Turki, di mana kerajaan terpaksa menyediakan makanan, perubatan dan pendidikan untuk mereka. Hingga kini 5 ribu juta dolar telah dibelanjakan."

Sebelum ini media Turki melaporkan terdapat kesepakatan antara Turki dan Amerika untuk membentuk militan dalam rangka menggulingkan Bashar Assad. Kedua-dua negara tersebut menamakan kumpulan ini sebagai pemberontak beraliran sederhana dan sudah ada 2000 unit sedang dilatih di sebuah pengkalan askar, di kota Kırşehir, Turki.

"Berasas kesepakatan yang sudah dilaksanakan, negara Amerika berjanji akan menyalurkan senjata dan logistik sementara Turki memberikan latihan kepada militan ini," jelas akhbar Hürriyet.

Media terkenal Turki ini menambah, "Walau bagaimanapun, pertemuan terbaru pegawai Pentagon dengan pemimpin tentera Turki menegaskan pertemuan untuk merekrut militan Kurdistan di dalam Turki gagal mencapai sebarang kesepakatan.

"Turki memaklumkan kepada Amerika, tidak ada lagi inisiatif untuk melatih militan Kurdistan di dalam negara Turki. Sekiranya Amerika memaksa, mereka boleh melatih militan tersebut di Iraq."